Followers

klik untuk ke ------>-----v

lembaga menakutkn..

Kisahnya bermula pada suatu malam yang sepi, Di sebuah sekolah di kawasan yang agak terpencil daripada jalan utama.

Sedang berlaku satu mesyuarat tergempar di antara pihak pentadbir sekolah dengan pihak polis tentang satu kes jenayah yang melibatkan pelajar daripada sekolah itu.



Sedang mereka sedang asyik berbincang, Salah seorang guru tersebut terasa hendak terkencing dan haus. Jadi dia bercadang hendak pergi ke tandas dan di samping itu dia hendak ke kedai untuk membeli sedikit minuman. Jadi dia bertanya………



CKG MAN : korang nak air tak ? kalau nak aku nak pergi beli.

CKG LAH : Ye aku nak air mineral je. Belilah sorang Satu



Lalu cikgu tu pun keluarlah daripada bilik itu dan menuju ke tandas.

Dalam perjalanannye ke tandas, Dia terasa seperti melihat satu kelibat lembaga di hujung blok bangunan tersebut. Dia berkata dalam hati



CKG MAN : Perasaan aku je ni kot.



Cikgu tu pun terus masuk ke dalam tandas. Masa dia berada dalam tandas itu dia terdengar bunyi seperti orang berjalan dari luar tandas. Kemudian bunyi tapak kaki itu kedengaran seperti menuju kedalam tandas itu pula. Cikgu itu mula berasa takut lalu dia cepat-cepat menyudahkan apa yang patut. Apabila dia keluar dari tandas itu dia dapati tiada siapa pun yang berada dalam tandas itu melainkan dia seorang diri.



Dia pun bercadang hendak pergi ke kedai untuk membeli air.

Sedang dia menuju ke keretanya, Dia terpaksa melalui satu lorang yang agak gelap kerana lampu di lorong itu baru sahaja rosak.



Tiba-tiba, dari jauh dia terlihat satu lembaga sedang berjalan di lorong yang sama. Kerana dia menyangka lembaga itu ialah pencuri lalu dia menjerkah….



CKG MAN : Hoi!!!! Sape tu?



Tapi lembaga itu bergerak semakin laju. Lalu dia pun terus mengejar lembaga itu. Setelah semakin hampir dengan lembaga itu, Dia berasa sangat terkejut apabila melihat satu lembaga yang sangat hodoh. Baunya sangat busuk, baju putihnya kelihatan lusuh dan kotor dan rambutnya sangat panjang. Cikgu tu terkejut dan tubuhnya menjadi kaku. Kemudian dia nampak lembaga itu masuk kedalam satu bilik darjah.



Dia dapat bergerak lepas mengagahkan diri. Lepas itu dia pun cuba mengintai lembaga tersebut. Belum pun dia sempat mengintai lembaga itu, tiba-tiba lembaga itu keluar betul-betul di hadapannya. Bukan main terkejutlah cikgu itu. Tapi dia merasa hairan apabila melihat satu lembaga yang lain.





Kali ni lembaga itu berbau wangi, bajunya putih berseri.

Dia yang masih terkejut itu memberanikan diri bersuara



CKG MAN : KAa ni makhluk tadi kan?. Nape baju kau putih dan sungguh harum?



Lalu lembaga itu menjawab………..

































LMBG : Inilah kuasa FAB buku mampu memutihkan kain yang kotor serta dapat mengharumkan dalam setiap cucian.

No comments:

Post a Comment