Followers

klik untuk ke ------>-----v

Penjual telur yang terlampau.....

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan? "

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Hilangkan stres jap

citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..


Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti
awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya
mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'


Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


kisah 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah
lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki
itu dengan riang.


kisah 11
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu?'

kisah 12
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat
itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Suami yang......??

Suami yg sengal ... Pangg!!!!

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar…..tiba-tiba dtg si isteri membawa tudung periuk….PANG!!….diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga-pinga…..bertanya…..

“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??”….si isteri pun menjawab….”nah! awak tengok nih….” sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. “ooo….itu nama kuda yg saya bertaruh
semalam…..namanya Mary…..”

si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur…..

Selang seminggu berlaku indiden ketuk mengetuk… ketika itu si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!…. kali ini dengan lebih kuat lagi!….

si suami pun bertanya…. “aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???” dengan selamba si isteri menjawab….”kuda awak telefon!!”…..

Lawak di Bilik Bersalin....

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin. Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama.


Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.
Suami 1: Wow... Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.

Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.


Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.
Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.

ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.


Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.
Suami 3:Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di Four Season Hotel kot....

Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.


Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL.
Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?
Jururawat: Kenapa?
Suami 4: Saya bekerja di 7-11.....

BARU KAHWIN

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan kelamin yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan kelamin ini. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
Sumaat
"Sedang eloklah tu bang... " jawab isterinya...

kisah suami isteri (orang asli)

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di
dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi
tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan
pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal
mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang
mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik
cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya
tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke
bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik
pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik
tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak
cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so,
dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri
perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .

Isteri: Apsal mak ketawa?..

Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok
perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Alasan Nak Balik Awal

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.
Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?

Boss : Hang apa pasai??

Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng…

Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!

Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?

Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!

Boss : Alasan apa lak ngko nie?

Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?

Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?

Boss : Naper?

Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!

Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!

Mat Peon : tima kacih Boss!!

Kisah tiga anak dara

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

Sakit Jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya
adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika
ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang
kerana menyangka ayam akan memakannya.
Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa.
Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian
ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah
pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki : Ya doktor.

Doktor : Siapa kamu sebenarnya.

Lelaki : Saya ini manusia doktor.

Doktor : Ya ke? Bukan jagung?

Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam?

Lelaki : Tidak doktor.

Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor : Apa dia?

Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi
manusia.

Doktor : “??$$??”

Belalai gajah

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Kentut Dalam Kelas

Ajoi seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!

Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.

Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??

Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.

ayam dan kambing...

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok reaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...

sape ckap kereta kancil x hebat!!

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan
kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah line kerosakan.
Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang
berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.
Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta
evo 8 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"
tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya
tarik kereta pakcik sampai tol "mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...",
tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik".. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan
hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.dia pun jalanla..
dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,
apa lagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.
Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang
dan press minyak kat mamat evo 8.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan
kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.Orang tua tu punya la hangin satu badan,
dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo 8 tu dah tak sedar dah
angin punya pasal.Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm. Bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..
Cecah 250km/j memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya
saman kereta-kereta yg laju nie..."Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,
sebuah ferrari,sebuah evo 8 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye..
Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo 8 tu.. kete kancil ngah bagi hon
dan hi beam untuk nak potong kete evo tu!!!'

kecemasan

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu…

Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa,

“Pok cik ni sakit gapo?”

“Kecing manih. Lamo doh.”

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,“Tu bakpo pulok?”

“Kecemase”

“Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih.

Siapa penah lihat............??

Ada seorang lelaki tua yang hobbynya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di pertemuan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa di sini yang punya burung?"
Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah: "Bukan itu maksud saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?" Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerena menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung..

Maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi dia cuba bertanya, "Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, "Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?" Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri... dan seorang wanita yang lain... maka kali ini merah padam pula muka si isteri..! Lelaki itu pun cabut lari.

kucing lebih cerdik..

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan
sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok Berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni..

karangannya membanggakan...


baru pertama kali aku dgr..hantu nie rupanya takut..

mata berpusing..





cm mane anda rasa??pening x?

kisah suami yg kedekut

>Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.
>
>Tahun pertama , si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya sisuami
>
> "Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.
>
> "Uuiishh.. mahalnya,tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan Isterinya berlalu dari situ.
>
> "Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah la ma saya nak naik pesawat cam tu" rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.
>
> "Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli"
> Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia.

> Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80...
>
>Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.
>
>Tahun ketiga, mereka Pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.
>
>"Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.
>
>Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100.

>Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.
> "Encik, berapa yang encik sanggup bayar?"
>
> "Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer"jawab si suami.
>
> Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi
>"Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat"
> Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer
>
>"tapi apa syaratnya"
>
> "semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik"
> jawab pilot td sambil tersenyum.
>
> "Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.
> Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada
> niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut
>tadi.
>

> Dia pun buat lah aksi2 akrobatik yang diakui membahaya.
> Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri
> yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.
>
> Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat
> tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya,
>pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia.
>
> Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah
>mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu.
>"Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut.
> "Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"
> "Hahh apasal tak cakap"
>"Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami
> Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Tiga Orang Gila

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

awek skola yg cun..

Anda tgk la sendiri...
memang x dpat dibandingkan lagi...
nk tebeliak mata melihatnya...
klik

nk menipu...kantoi...

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!

cikgu n pelajar yg malas.

Rumput dan Kuda
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"
Cikgu :#$$$%%<><#@$%^&

Motor rxz pling jimat minyak...

Tahu kah anda bahawa model Yamaha RXZ yang terbaru seperti yang terdapat di gambar ini. Ramai di antara kita terutama golongan usia 40 an menyangka bahawa model ini sudah terkubur tetapi jangkaan mereka silap sama sekali.

Kerajaan Malaysia sengaja tidak membenarkan kemasukan model ini dari Jepun kerana kegiatan Mat Rempit yang berleluasa terutama golongan-golongan remaja. Model ini boleh memecut selaju 193 km/j dan 0-100 km/j hanya memakan 5.7 saat iaitu sama dengan kenderaan berkuasa tinggi seperti Porchse 911 Targa Twin Turbo.


lembaga menakutkn..

Kisahnya bermula pada suatu malam yang sepi, Di sebuah sekolah di kawasan yang agak terpencil daripada jalan utama.

Sedang berlaku satu mesyuarat tergempar di antara pihak pentadbir sekolah dengan pihak polis tentang satu kes jenayah yang melibatkan pelajar daripada sekolah itu.



Sedang mereka sedang asyik berbincang, Salah seorang guru tersebut terasa hendak terkencing dan haus. Jadi dia bercadang hendak pergi ke tandas dan di samping itu dia hendak ke kedai untuk membeli sedikit minuman. Jadi dia bertanya………



CKG MAN : korang nak air tak ? kalau nak aku nak pergi beli.

CKG LAH : Ye aku nak air mineral je. Belilah sorang Satu



Lalu cikgu tu pun keluarlah daripada bilik itu dan menuju ke tandas.

Dalam perjalanannye ke tandas, Dia terasa seperti melihat satu kelibat lembaga di hujung blok bangunan tersebut. Dia berkata dalam hati



CKG MAN : Perasaan aku je ni kot.



Cikgu tu pun terus masuk ke dalam tandas. Masa dia berada dalam tandas itu dia terdengar bunyi seperti orang berjalan dari luar tandas. Kemudian bunyi tapak kaki itu kedengaran seperti menuju kedalam tandas itu pula. Cikgu itu mula berasa takut lalu dia cepat-cepat menyudahkan apa yang patut. Apabila dia keluar dari tandas itu dia dapati tiada siapa pun yang berada dalam tandas itu melainkan dia seorang diri.



Dia pun bercadang hendak pergi ke kedai untuk membeli air.

Sedang dia menuju ke keretanya, Dia terpaksa melalui satu lorang yang agak gelap kerana lampu di lorong itu baru sahaja rosak.



Tiba-tiba, dari jauh dia terlihat satu lembaga sedang berjalan di lorong yang sama. Kerana dia menyangka lembaga itu ialah pencuri lalu dia menjerkah….



CKG MAN : Hoi!!!! Sape tu?



Tapi lembaga itu bergerak semakin laju. Lalu dia pun terus mengejar lembaga itu. Setelah semakin hampir dengan lembaga itu, Dia berasa sangat terkejut apabila melihat satu lembaga yang sangat hodoh. Baunya sangat busuk, baju putihnya kelihatan lusuh dan kotor dan rambutnya sangat panjang. Cikgu tu terkejut dan tubuhnya menjadi kaku. Kemudian dia nampak lembaga itu masuk kedalam satu bilik darjah.



Dia dapat bergerak lepas mengagahkan diri. Lepas itu dia pun cuba mengintai lembaga tersebut. Belum pun dia sempat mengintai lembaga itu, tiba-tiba lembaga itu keluar betul-betul di hadapannya. Bukan main terkejutlah cikgu itu. Tapi dia merasa hairan apabila melihat satu lembaga yang lain.





Kali ni lembaga itu berbau wangi, bajunya putih berseri.

Dia yang masih terkejut itu memberanikan diri bersuara



CKG MAN : KAa ni makhluk tadi kan?. Nape baju kau putih dan sungguh harum?



Lalu lembaga itu menjawab………..

































LMBG : Inilah kuasa FAB buku mampu memutihkan kain yang kotor serta dapat mengharumkan dalam setiap cucian.

eskelator bertukar wajah.


tengah best bershopping di tingkat 6 sebuah pasaraya, dan ketika anda nak turun ke tingkat bawah anda dapati lif rosak. Maka terpaksalah menggunakan eskalator. Tetiba eskalator pulak disumpah menjadi tangga macam gambar di atas. Apa perasaan anda?

A- Senyum dan terus berlalu
B- Cakap dalam hati: "hampeh betul pasaraya ni"
C- Panggil pak guard pasaraya dan bagi pelempang piala dunia
D- Panggil pengurus pasaraya dan tarik 2 helai rambut beliau untuk melepaskan geram
E- Terpaksa turun jugak sambil memaki hamun

Apa kena nie??


aiii...gatal ker???

Baca je,jgn Gelak...

relax sebentar...( gelak kuat kuat, bleh?)
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak...
Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku..."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."

JANGAN GELAK 2:
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang... Setelah memasukkan wang
RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00... mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai- ramai!"


JANGAN GELAK 3:
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya.. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.
Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."
Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "

JANGAN GELAK 4:
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian.... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

JANGAN GELAK 5:
MENANTU TERENGGANU : MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG' 4 KILO........ NANTI KITO BAYAR
MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH... ..
SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI......... ......... ......
MENANTU TERENGGANU : LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG'(ubi kentang)... BANYOK-BANYOK NI....
MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang).... .
PAH TU KETE MANO PULAKKKK...
MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI
'KETANG'..... . HOK ADA SEPIK NUNG......(sepit / ketam)...

JANGAN GELAK 6:
ATUK : KENAPA CU X SEPERTI KWN SEBAYE CU?TGK KWN² CU..SUME LULUS
TINGGI².CU NI ASYIK INTERNET, TV, MAIN BOLA.BILA NAK BELAJAR? BESAR NAK JADI APE??? (marah thp tertinggi smpai nak keluar lava)
CUCU : ATUK NIH ASEK BANDINGKAN KTER NGAN KWN² KITE... KTER X MARAH PON ATUK X SAMA SEPERTI KWN² SEBAYA ATUK YANG LAIN...
ATUK : X SAMA APE NYER?
CUCU : YER LA. .KWN² SEBAYE ATUK SUME DAH JD ARWAHKAN??
ATUK : A$B3$T0$!!!! !!

JANGAN GELAK 7:
Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan. ..
pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.
Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.
Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di
kampungnya.. . Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya. .. kali ini sebagai Syeikh Arab....
Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."
Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"
Kerana kehairanan yang amat sangat....
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

mamat sengal...



Ini ape ke bangang mamat dua ekor ni. Orang lain tentu dah kelam kabut dengan air bah yang naik tu. Diorang siap boleh buat kolam renang lagi. Agak-agaknya gaya apa la yang diorang buat tu? kuak lentang kot?

error yang terlampau



berhati2 la jika diserang virus..hhahahah